Monday, June 22, 2009
Posted by UstMaNiS at 6/22/2009 02:41:00 AM 0 comments Links to this post
KEMBARA DAKWAH KE FELDA SAHABAT..
Alhamdulillah, untuk ke sekelian kalinya kalimah Syukrulillah meniti di bibir insan lantaran keizinan dan kasih sayang-Nya yang memberikan kekuatan untuk tangan ini terus memelakar pena mencoret bicara buat tatapan bersama..Mei yang lalu, dengan izin-Nya jua kaki ini melangkah jauh menyusur lembah untuk sampai ke Felda Sahabat bagi menjayakan program SHOW MOTIVASI di SMK Desa Kencana. Awwalan, ucapan terima kasih diucapkan khususan ila Pn Zahira(Kaunselor)yang sudi menjemput ana bersama anggota-anggota.
Peserta-peserta program motivasi ini adalah dalam kalangan pelajar-pelajar PMR dan beberapa orang pelajar ting 4 sekolah tersebut. BISIKAN NURANI itulah tajuk@tema program yang ana pilih untuk kali ini bagi menyuntik sedikit motivasi (kesedaran) kepada anak-anak peserta pada hari tersebut yang berjumlah 300 orang. Peserta dibawa untuk menghayati akan perjalanan kehidupan insan di pentas bernama dunia, dari mana kita dijadikan, di mana kita berada dan ke mana destinasi yang dituju...
Dengan izinNya jua, bersaksikan para malaikat Allah jua para guru, menitis jua titisan jernih bernama air mata adik-adik peserta lantaran hati manusia yang tidakm pernah sunyi dari melakukan sebarang kesalahan. Feel dan mood yang sayu dan pilu itu ditambah lagi dengan sambutan Hari Ibu yang akan disambut pada keesokan harinya(10 Mei). Terpancar kejernihan dan keinsafan dari riak wajah peserta-peserta motivasi pada hari tersebut, yang lebih penting kita doakan agar semangat dan momentum 'TAUBAT' yang tercetus daripada linangan air mata itu akan memberikan satu kekuatan dalam diri adik-adik peserta khususnya dalam melakukan 'transformasi' ke dalam diri...semoga hari esok adalah milik kita bersama. Sesungguhnya masa silam adalah kelmarin yang telah luput, hari ini adalah sekarang yang sedang hidup dan masa depan adalah esok yang belum lahir. Maka genggamlah apa yang ada di tangan sekarang seolah-olah ia tidak akan terlepas dari genggaman..
Selesai program, kami meneruskan perjalanan merentasi Ladang-ladang sawit nan kehijauan mata memandang untuk sampai ke Tanjung Labian iaitu antara pantai yang terletak di penghujung peta Malaysia. Tiada lagi tanah yang boleh dipijak selepasnya..keta'juban tercetus lantaran dari keajaiban alam ciptaan Tuhan yang terbentang luas begitu mempesonakan setiap mata yang memandang. Indah nian panorama di sekitar Felda Sahabat nie..sesuai sekali dijadikan lokasi klip video (untuk mtv album nanti)...hehe, InsyaAllah..
Untuk itu,sekian dulu buat waktu ini.sehingga kita bersua lagi di lain lembaran. Semoga kita bertemu di lain program InsyaAllah..doakan untuk kita semua. salam manis dari ana dan anggota...
Posted by UstMaNiS at 6/22/2009 02:07:00 AM 0 comments Links to this post
Sunday, April 12, 2009
Renungilah...Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’ setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!-gentarasa
Posted by UstMaNiS at 4/12/2009 12:19:00 AM 0 comments Links to this post
ALBUM TERBARU INTEAM REUNITED
Posted by UstMaNiS at 4/12/2009 12:18:00 AM 0 comments Links to this post
TERBARU DARI TELAGA BIRU..
Posted by UstMaNiS at 4/12/2009 12:13:00 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, April 8, 2009
KEMBARA MAULIDURRASUL 1430H
SHOW@SMK PARIS,KINABATANGAN
Ketibaan ana disambut oleh AJK program dan terus diiring ke Dewan Utama sekolah.Perjalanan ke SMK Paris sebenarnya mengambil lebih kurang 40 minit menyusuri Jalan darat.Slot Ceramah@Tayangan Multimedia ana berlangsung selama lebih kurang 1 jam dan seperti biasa diakhiri dengan Mini Show (2 lagu)..Sambutan orang-orang yang berbangsa BUGIS majoritinya begitunya mengujakan. Terima kasih warga PARIS, jemput lagi nanti yer...siruntuk matuk
SHOW@SK TERUSAN,L.DATU
Jemputan ini merupakan kali yang kedua kunjungan ana ke SK Terusan,sukran kepada ustaz Usop yang merupkan tulang belakang program ini dan beliau juga yang menjemput ana nih. Alhamdulillah, nampaknya semua terhibur...terima kasih atas sokongan
SHOW@DEWAN SMC LAHAD DATU (29 MAC'09)
Persembahan di hadapan warga ibu bapa Lahad Datu ini begitu syahdu sekali. Namun, persembahan ini agak kurang 'menjadi' lantaran dari gangguan teknikal PA sistem.Mungkin itulah ujian bagi kami sebagai penghibur ini. Apapun pohon maaf atas segala gangguan dan diharapkan semoga terhibur.Namun, slot Motivasi bersama ummi Dr Robiah memang mantap dan menyengat.
Alhamdulillah, jantung terus berdegup seiring perjalanan darah menyusuri setiap urat nadi yang berdenyut, membawa kepada persinggahan di laman ini, Syukrulillah kathira. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Sayyidul Musthofa Muhammad Rasulullah saw serta seluruh kerabat baginda bersama saf jundullah di bumi Allah...
Sekali lagi syukur ke hadratNya kerna masih 'sudi' melebarkan sayap RAHMAH, NI'MAH wa MAGHFIRAH buat insan hamba bersalut noda ini.Sepanjang bulan penuh barokah RABI'ULAWWAL ini, Allah SWT sekali lagi 'mengizinkan' ana untuk terus menyusur langkah kembara da'wah dalam perjalanan jaulah yang cukup mematangkan..
Jadual ana bulan ini agak padat sepanjang Mac dan April ini dengan program2 meraikan jemputan untuk Ceramah dan juga Show sempena Maulidurrasul 1430 H. Dari sebuah desa, singgah pula di kota, kaki terus melangkah gagah, menyusur lembah, ladang-ladang sawit yang menhijau jua perkampungan yang cukup menggamit kedamaian..Begitulah aturan dan percaturanNYA sebagai menggalas tanggungjawab sosial yang perlu ana lunasi sebagai bukti hamba terhadap penciptaNya.
9 April insyaAllah ana dijadualkan bertemu dengan masyarakat di SMK Paris bagi memenuhi undangan ceramah dan persembahan sempena Maulud...Biarpun agak 'pack' dan padat,namun kepuasan menelan segala kepahitan dalam menyemarakkan lagi syiarNya dan demi memastikan SUARA ISLAM terus begema di bumi tandus ini.
Sepanjang menjayakan program2 bulan ini, ana begitu teruja dan terharu dengan sambutan semua pihak penganjur yang sudi menjemput insan kerdil ini, tidak layak sebenarnya untuk insan hina ini..tapi demi menyampaikan SEPOTONG AYAT, menyahut seruan junjungan, relaku gagahi langkahan untuk menitip seuntai mutiara kata agar dapat dikongsi khazanah ilmu di dada anugerah dariNya jua...Orang-orang Sabah ni memang sporting la.respons cukup memberangsangkan..Selalunya dalam ceramah-ceramah atau motivasi ana, insyaAllah ana akan ending dengan mini show sebagai halwa telinga, hiburan mendidik jiwa dengan izinNya jua..
Semoga Allah terus pelihara hati ini dan terus kurniakan kekuatan untuk kaki ini melangkah di medan ini seikhlas mungkin demi menggapai REDHANYA jua insyaAllah jua sebagai modal penghapus dosa, InsyaAllah doakan.terima ksih banyak atas sokongan penyokong2 tetap ustmanis...KELAB SAHABAT USTMANIS!!!ALLAHU AKBAR.Sehingga bersua kembali di lain lembaran dan coretan....Salam
Posted by UstMaNiS at 4/08/2009 02:25:00 AM 0 comments Links to this post








