Saturday, July 19, 2008

ROAD SHOW JELAJAH PANTAI TIMUR SABAH




Salam ukhuwwah buat semua..alhamdulillah syukrulillah akhirnya prog KEMBARA DAKWAH USTMANIS BERSAMA INTEAM 11-13 Julai lalu begitu sukses dengan izin-Nya jua. Namun begitu, ana nak mulakan coretan di sini dengan satu catatan ujian buat sahabat seINTEAMku..pesawat yg membawa INTEAM dijangka tiba jam 10.05am 11 Julai. Namun, ketentuanNya telah mengatasi segala percaturan hamba, pesawat tersebut telah dikesan mengalami kerosakan enjin apabila pesawat sedang meluncur laju di landasan untuk berlepas..Namun, secara tiba-tiba pesawat terpaksa membuat "emergency-break" lantaran kerosakan tersebut. Nasib baik kerosakan itu dikesan sewaktu pesawat masih di landasan, andainya sudah di udara...wallahu'alam. Justeru, mereka terpaksa bertukar pesawat dan dipendekkan cerita, pesawat delay sehinggalah membawa mereka mendarat di Tawau airport tepat jam 11.50am

Ketibaan mereka disambut dengan sekuntum senyuman manis..dengan kenderaan rasmi NISSAN SENTRA.Kami terus meluncur laju kerana mengejar waktu sbb slot motivasi di SMK Desa Kencana sepatutnya jam 4 ptg. Perjalanan dr TAWAU pula mengambil masa lbh krg 4 jam jln darat. Akibat daripada kelewatan flight, akhirnya prog di DK terpaksa ditunda keesokan harinya..Kami singgah utk menikmati santapan tengahari di Restoran Toko Aminah, Kunak..(sponsor lagi-sup jagung Bugis ba itu..)sebuah daerah kecil di Lahad Datu..Kemudian, kami bersiap-siap (touch-up and make-up)di Hosp Kunak(rumah seorg Doktor-sahabat lama ana)..tumpang kejap rumahnya

Kami teruskan perjalanan yang begitu memenatkan. Namun segala kepenatan hilang tatkala kami disajikan dengan panorama indah sepanjang perjalanan menuju ke Felda Sahabat. Kami tiba di Cenderawasih utk minum petang jam 5.45pm. Selesai check-in di Sahabat Resort, semuanya tak lepaskan peluang utk merebahkan badan(istirehat)termasuk ustmanis...

Sesi Ramah Mesra di SMKDK bermula tepat jam 7am..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma salam kemaafan buat warga Desa Kencana sebab kami agak roushing masa ada slot lagi di Sepagaya jm 11pg,jadi tak sempat nk buka sesi autograf disana..insyaAllah lain kali yer..

Kami tiba di SMK Sepagaya jam 10.45pg,ketibaan kami disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar..(satu-satunya sek yg ada sambutan begitu). terus naik pentas dan ON slot. Sesi mini show@talk show begitu sukses di sepagaya, semua penonton pun agak sporting..trm ksh semua

Selesai lunch, kami terus ke Tawau pula..utk show keesokan harinya INTEAM&FAWWAZ jam 9 pg di Dewan Datuk Lau(kalau tak silap).alhamdulillah di sana pun berjalan lancar, AJK nya pun begitu amah dan 'well-entertained'..kami menginap di hotel Emas. Itu adalah kemunculan sulung FAWWAZ di Tawau dan yg ketiga bg INTEAM

Oklah, ana stop di sini dulu..sehingga bersua dlm lembaran yg lain pula InsyaAllah..sekali lagi terima kasih semua buat AJK dan semua yg turut sama menyumbang tenaga menjayakan prog ROAD SHOW kali ini..Jazakumullah khairan kathira..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails