Sunday, August 31, 2008

MEMPERKENALKAN...KUMPULAN WA-FIE





INILAH WAJAH ANAK DIDIK SULUNG FAWWAZ..yang bakal meneruskan perjuangan kami suatu hari nanti.

SHOW@NURMAHSURI







Alhamdulillah, show FAWWAZ sempena MERDEKA dan RAMADHAN semalam berjalan lancar dengan jayanya. Kehadiran pengunjung-pengunjung dan orang ramai mengisi setiap ruang dan tempat mencetuskan keharuan dalam hati kami..begitu hebat sekali sambutan yang ditunjukkan oleh pencinta-pencinta nasyid tanahair.Ini membuktikan bahawa seruan da'wah nasyid semakin diterima khususnya di bumi Lahad Datu.

Selain nasyid, program MALAM KESENIAN ISLAM itu juga dihiasi dengan tayangan multimedia dan deklamasi sajak.Tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan majlis ini dan Semoga kita semua didalam barokah dan redha-Nya

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak..Selamat Berpuasa..ALLAHU AKBAR!!

Monday, August 18, 2008

MAJLIS MENTAHNIK PUTERA USTMANIS..







Alhamdulillah, bersempena dengan keberkatan nisfu sya'aban dan hari yang ke-7 kelahiran putera sulungku, majlis mentahnik(menggunting, mencukur rambut dan pelancaran nama) selamat diadakan petang semalam. Majlis dimulakan dengan acara menggunting rambut diiringi dengan alunan SELAWAT NABI beramai-ramai. Bersandarkan hadith Nabi Muhammad SAW Riwayat Ahmad dan Tarmizi yang menganjurkan ummatnya menuruti sunnah baginda yang berbunyi , " Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke-7 dan dicukur serta diberi nama", juga sunat mengorbankan 2 ekor kambing bagi anak lelaki manakala seekor bagi anak perempuan"

Dengan izin-Nya jua, putera manis ini diberikan nama....MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN MOHD FADHLY. FATHURRAHMAN membawa maksud PEMBUKAAN KEJAYAAN ALLAH YANG PENGASIH manakala MUHAMMAD yang terpuji. Semoga jasad ini akan terus bernafas di muka bumi sebagai hamba Allah yang bertaqwa juga pewaris Nabi yang bijaksana dlm membela agama, InsyaAllah.

Monday, August 11, 2008

PUTERA SULUNG USTMANIS..





Syukrulillah..SELAUT SYUKUR, SEGUNUNG KEINSAFAN, SELANGIT PUJIAN ku rafa'kan hanya pada al-khaliq, atas segala kekuasaan, kudrat dan iradat-Nya, maka Dia mengirimkan jasad comel ini sebagai amanah suci pewaris Nabi, menjunjung tinggi tradisi ilmu di muka bumi..selawat dan salam buat Muhammad SAW, penghulu sekelian ummat serta para sahabat dan keluarga baginda..

Isteriku diusung masuk ke bilik pembedahan tepat jam 3.00 petang, hanya alunan surah Yaasin bisa mengiringi perjalanan detik waktu nan terus belalu sepanjang isteriku bertarung nyawa di kamar operasi. Ku terus perkukuhkan ikatan antara hamba dan Pencipta, kerna ku tahu Dialah pengatur segala-Nya..Kalimah selawat ku biarkan terus meniti di bibir, walaupun ku tahu segala-Nya telah tercatat sejak di lauhum mahfuz..

Akhirnya, tepat jam 4.40pm, lamunanku tersentak dek suara jururawat yang memanggil namaku..Disebalik raut wajah isteriku, ku tatapi dengan penuh makna tersurat dan tersirat sejuta pengorbanan demi menghadiahkanku zuriat suci, amanah Illahi..Senyum tawa dan air mata tangis gembira seakan bercampur. Doktor mengkhabarkan bahawa pewaris takhta sulungku ini ialah seorang putera, untuk ke sekian kalinya kalimah alhamdulillah terhambur dari mulutku, pastinya tercetus dari dasar sanubariku..

Bayi seberat 2.6kg selamat dilahirkan tepat jam 3.35pm, 9 Sya'aban bersamaan 11 Ogos 2008 (110808), itulah jeritan sulungnya tika melangkah ke alam dunia..SUBHANALLAH!!Setelah beredar dari kamar operasi, dengan kekuatan dan keizinan-Nya, ku alunkan alunan AZAN ke telinganya, bisikan kalimah TAUHID(TUHANNYA) serta mengajarnya mengenal insan PESURUHNYA (MUHAMMAD RASUL S.A.W)..Puteraku membisu seribu bahasa tatkala mendengar azan yang ku laungkan, seakan mengerti dan menghayati akan bait-bait azan yang dilafazkan ..hanya linangan air mata yang bisa menjadi saksi akan kesyukuran ini..ALLAHU AKBAR!!

Kini tergalas taklif suci dibahuku, dalam mencorak zuriat ini..mewarnai perjalanan kehidupan yang bakal ditempuh..semoga ia bisa menjadi penyejuk mata, penawar hati(QURRATA A'YUN)ayahbonda..InsyaAllah..terima kasih atas doa restu semua..

Saturday, August 2, 2008

KEMBARA DAKWAH KE FELDA SAHABAT..










Salam manis buat semua..

Alhamdulillah, berkat doa semua..kami selamat kembali dr Kembara Dakwah ke Felda Sahabat 43(bandar kembara sakti)baru2 ini..menjayakan show smpna Isra' Mikraj dsana..
Selain FAWWAZ, program mlm itu juga diisi dgn ceramah agama pengisian jiwa yg disampaikan oleh Ust Kadarisman dari Tawau..alhamdulillah perkongsian mutiara ilmu kenabian yang menusuk kalbu..mengimbau sejenak akan peristiwa besar di dalam kalendar umat Islam, sejarah penerimaan wahyu solat oleh Muhammad SAW..

Perjalanan kami bermula jm 2 ptg dr sek..merentasi ladang, bukit-bukau saujana mata memandang, akhirnya kami tiba di Cenderawasih jm 4 ptg..utk minum sekejap(ada org sponsor..hehe,tq)..kami singgah solat di masjid atas bukit kg C dan cuci kereta dulu, sbb sentra jelek bangat..hujan

alhamdulillah, kembara diteruskan ke kembara sakti, tempat paling hujung dlm peta Sabah Timur..sampai jm 5 terus sound check..Program diadakan di perkarangan masjid,PA sistem kita ok jg lah..
Show kami bermula lps maghrib 2 lagu, kmdn sambung semula bbrp lagu lagi selepas ceramah agama..wahh, kami terharu sangat dengan sambutan peminat-peminat nasyid di sana..album kami habis terjual menyebabkan saya sendiri pun dh takde stok lg.kena cetak lain nih..tak pa, lagipun insyaAllah tengah dlm pembikinan album baru..tunggu ya semua..

keseluruhannya, prog mlm tuh berjalan lancar.tamhniah buat penganjur khususan ila Ust Ismail Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program, katanya sambutan malam itu adalah yang paling ramai..alhamdulillah,lepas nih ana sibuk dgn persiapan karnival pulak, tak lama suda nih..berapa minggu shaja lagi.

Oklah sehingga kita bersua lagi di lain ketika utk show yg akan datang..trm ksh atas doa restu semua..salam manis dr ustmanis..

Related Posts with Thumbnails