Sunday, April 12, 2009



Renungilah...Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.
Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.
Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.
Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’ setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.
Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.
Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!-gentarasa

Wednesday, April 8, 2009

KEMBARA MAULIDURRASUL 1430H


SHOW@SMK PARIS,KINABATANGAN

Ketibaan ana disambut oleh AJK program dan terus diiring ke Dewan Utama sekolah.Perjalanan ke SMK Paris sebenarnya mengambil lebih kurang 40 minit menyusuri Jalan darat.Slot Ceramah@Tayangan Multimedia ana berlangsung selama lebih kurang 1 jam dan seperti biasa diakhiri dengan Mini Show (2 lagu)..Sambutan orang-orang yang berbangsa BUGIS majoritinya begitunya mengujakan. Terima kasih warga PARIS, jemput lagi nanti yer...siruntuk matuk


SHOW@SK TERUSAN,L.DATU

Jemputan ini merupakan kali yang kedua kunjungan ana ke SK Terusan,sukran kepada ustaz Usop yang merupkan tulang belakang program ini dan beliau juga yang menjemput ana nih. Alhamdulillah, nampaknya semua terhibur...terima kasih atas sokongan


SHOW@DEWAN SMC LAHAD DATU (29 MAC'09)

Persembahan di hadapan warga ibu bapa Lahad Datu ini begitu syahdu sekali. Namun, persembahan ini agak kurang 'menjadi' lantaran dari gangguan teknikal PA sistem.Mungkin itulah ujian bagi kami sebagai penghibur ini. Apapun pohon maaf atas segala gangguan dan diharapkan semoga terhibur.Namun, slot Motivasi bersama ummi Dr Robiah memang mantap dan menyengat.


Alhamdulillah, jantung terus berdegup seiring perjalanan darah menyusuri setiap urat nadi yang berdenyut, membawa kepada persinggahan di laman ini, Syukrulillah kathira. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Sayyidul Musthofa Muhammad Rasulullah saw serta seluruh kerabat baginda bersama saf jundullah di bumi Allah...
Sekali lagi syukur ke hadratNya kerna masih 'sudi' melebarkan sayap RAHMAH, NI'MAH wa MAGHFIRAH buat insan hamba bersalut noda ini.Sepanjang bulan penuh barokah RABI'ULAWWAL ini, Allah SWT sekali lagi 'mengizinkan' ana untuk terus menyusur langkah kembara da'wah dalam perjalanan jaulah yang cukup mematangkan..

Jadual ana bulan ini agak padat sepanjang Mac dan April ini dengan program2 meraikan jemputan untuk Ceramah dan juga Show sempena Maulidurrasul 1430 H. Dari sebuah desa, singgah pula di kota, kaki terus melangkah gagah, menyusur lembah, ladang-ladang sawit yang menhijau jua perkampungan yang cukup menggamit kedamaian..Begitulah aturan dan percaturanNYA sebagai menggalas tanggungjawab sosial yang perlu ana lunasi sebagai bukti hamba terhadap penciptaNya.

9 April insyaAllah ana dijadualkan bertemu dengan masyarakat di SMK Paris bagi memenuhi undangan ceramah dan persembahan sempena Maulud...Biarpun agak 'pack' dan padat,namun kepuasan menelan segala kepahitan dalam menyemarakkan lagi syiarNya dan demi memastikan SUARA ISLAM terus begema di bumi tandus ini.

Sepanjang menjayakan program2 bulan ini, ana begitu teruja dan terharu dengan sambutan semua pihak penganjur yang sudi menjemput insan kerdil ini, tidak layak sebenarnya untuk insan hina ini..tapi demi menyampaikan SEPOTONG AYAT, menyahut seruan junjungan, relaku gagahi langkahan untuk menitip seuntai mutiara kata agar dapat dikongsi khazanah ilmu di dada anugerah dariNya jua...Orang-orang Sabah ni memang sporting la.respons cukup memberangsangkan..Selalunya dalam ceramah-ceramah atau motivasi ana, insyaAllah ana akan ending dengan mini show sebagai halwa telinga, hiburan mendidik jiwa dengan izinNya jua..

Semoga Allah terus pelihara hati ini dan terus kurniakan kekuatan untuk kaki ini melangkah di medan ini seikhlas mungkin demi menggapai REDHANYA jua insyaAllah jua sebagai modal penghapus dosa, InsyaAllah doakan.terima ksih banyak atas sokongan penyokong2 tetap ustmanis...KELAB SAHABAT USTMANIS!!!ALLAHU AKBAR.Sehingga bersua kembali di lain lembaran dan coretan....Salam

Related Posts with Thumbnails