Sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan (MPAK) 2009. Alhamdulillah berkat doa semua,ustmanis dinobatkan sebagai penerima anugerah TEACHER OF THE YEAR 2009. Tidal layak rasanya untuk insan kerdil ini mengenggam trofi ini. Apapun kejayaan ini pastinya membakar semangat juang yang tinggi ke dalam diri untuk ana terus gagah mengatur langkah di dalam dunia pendidikan ini memartabatkan ilmu ke puncak yang tertinggi.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas pemilihan anugerah ini. Jutaan terima kasih jua yang tidak terhingga buat seluruh warga kerja AJK MPAK yang bertungkus lumus menyumbangkan khidmat bakti, tenaga dan seumpamanya dalam menjayakan MPAK pada tahun ini. Selautan kemaafan ana pohonkan sepanjang kecacatan dan kekurangan sepanjang ana bergelar PENGARAH MPAK'09.
Terima kasih jua kepada isteri tercinta atas doa restu di kejauhan ini. Tidak lupa kepada anak-anak didik tersayang atas sokongan dan sudi menjadi peminat setia ustmanis sepanjang zaman...Syukran
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..RAMADHAN KAREEM:)
Wednesday, September 9, 2009
Posted by UstMaNiS at 9/09/2009 07:49:00 AM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah,sekitar panorama di sepanjang kembara show@walimah di Kembara Sakti. Terima kasih warga Sahabat masih setia dengan FIRAST, biar sudah kali ketiga kami bertandang untuk show di sana. Alhamdulillah kami begitu terharu menyaksikan sambutan yang amat menggalakan daripada warga Sahabat sepanjang show kami di sana. sedar tak sedar malam tu, kami perform lebih kurang 12 lagu..atas permintaan tuan rumah@pihak penganjur..En Fathurrahman, sekalung tahniah juga buatnya kerana berjaya mencipta pembaharuan di dalam majlis walimah dengan diadakan Malam Kesenian Islam..bergema alunan nasyid menghiasi dan mengiringi majlis walimah fathurrahman..alhamdulillah doakan
Posted by UstMaNiS at 9/09/2009 07:38:00 AM 0 comments Links to this post






