
Syukrulillah,Allah SWT telah menguatkan langkahan kaki ini untuk menjelajah bumi Allah nan luas terbentang ini bermula 29 Disember 2009 yang lalu. Jaulah ini merentasi hutan belantara,bukit bukau, denai dan anak-anak sungai,ladang dan sebagainya pastinya mendekatkan diri langsung kepada Allah lantaran keta'juban ciptaanNya yang terzahir di depan mata. Khazanah alam yang mengandungi 1001 rahsia harus diterokai oleh makhluk bernama insan sebagai tanda hamba jua kesyukuran.
Setibanya kami di puncak tertinggi kemuncak BORNEO di Simpang Mangayau,Kudat..laungan azan terus bergema di ruang udara sebagai menandakan kekaguman dengan lautan yang luas terbentang. Disitulah jua terletak pertemuan antara Laut Sulu dan Laut Chia Selatan. Sempat jua kaki ini melangkah menuruni batu-batu di bawah kemuncak TIP OF BORNEO untuk 'menyentuh' air. Kedinginan malam di sana jua cukup menambahkan lagi bingkisan memori..Cukup dulu sekadar ini, sehingga bersambung pada coretan yang akan datang..
Piala Dunia: Ghana tewaskan Serbia 1-0
1 hour ago







0 comments:
Post a Comment