Friday, January 29, 2010

SEKITAR SESI FOTOGRAFI













Selangit syukur selaut keinsafan setinggi pujian buat-Nya..dari hamba bersalut noda meniti di titian redha..membawakan aku ke suatu lokasi yang dinanti bagi menjayakan sesi fotografi edisi 2010 biarpun diri ini dihambat kesibukan dalam jalan da'wah ini. Namun relaku gagahi demi gunung harapan semurni impian ingin ku lihat suara Islam terus bergema megah, tanda tertegaknya kalimah Allah. Keindahan ciptaan Tuhan telah menguatkan kaki ini untuk melangkah dan singgah berlabuh di persisiran pantai Silam, Lahad Datu yang cukup menggamit tenang, damai setiap jasad yang menghirup udaranya.

Kesempatan yang mengizinkan ini ingin ku abadikan beberapa kepingan gambar yang boleh dikongsi,itulah hasil dari sesi fotografi yang telah selesai baru-baru ini.Antara tujuan utama sesi ini ialah menambah koleksi foto bagi persiapan aktiviti penerbitan dan percetakan pada masa-masa akan datang..nantikan insyaAllah

Sewajarnya kalungan penghargaan ku hadiahkan khas buat teman seperjuangan EN YUSRI ABD TALIB atas kerjasama jua sumbangan tenaga serta 'skil' seni fotografinya sehingga membuahkan hasil yang cukup bermakna dalam diari hidupku di daerah asing ini.Sentuhanmu cukup halus biarpun ini adalah langkahan pertamamu untuk lebih serius dalam lapangan ini..Hanya doa restu dan kalam JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA yang dapat ku lafazkan sebagai tanda keharuan. Terima kasih...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails